Text Size

PAPARAN SURAT TAWARAN PROGRAM DIPLOMA/ASASI/SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA (AP243) DAN PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA AKAN MULA DIBUKA PADA 19 MEI 2013 JAM 12.00 TENGAHARI. SEMAKAN BOLEH DIBUAT MELALUI online.uitm.edu.my

Info Terkini

Makluman :

SESI 1 2013/2014

 

TARIKH - TARIKH PENTING TENTANG INFO PENGAMBILAN UiTM 2013/2014

 

 

 

 

 

 


 

 

Pengenalan

VISI

Menjadi pusat pengambilan pelajar yang efisyen berlandaskan sistem yang berkualiti dan telus selaras dengan visi UiTM.

MISI

Menguruskan proses pengambilan pelajar yang telus secara bersistematik selaras dengan dasar yang menjamin kecemerlangan UiTM.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Bahagian Pengambilan Pelajar ialah seperti berikut :

  • Menyelaras iklan pengambilan pelajar baru UiTM mengikut jadual dan prosedur yang telah ditetapkan.
  • Mengurus proses permohonan kemasukan pelajar baru UiTM.
  • Mengeluarkan surat tawaran online kepada calon yang berjaya.
  • Menguruskan pendaftaran pelajar baru berpandukan kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh UiTM.


PIAGAM PELANGGAN

  • Mengeluarkan iklan pengambilan pelajar baru di akhbar tempatan sebanyak empat (4) kali dalam  tempoh satu (1) bulan.
  • Mematuhi segala dasar pemilihan dan pengambilan pelajar yang telah ditetapkan oleh UiTM.
  • Memproses permohonan kemasukan secara dalam talian ke UiTM dalam masa sepuluh (10) minggu selepas tarikh tutup permohonan.
  • Mengeluarkan surat tawaran online kepada calon yang berjaya dalam tempoh empat (4) minggu sebelum tarikh pendaftaran.
  • Menguruskan semua rayuan dalam talian bagi pelajar yang tidak berjaya dalam tempoh tiga (3) minggu.
  • Menguruskan pendaftaran pelajar baru dalam tempoh empat (4) minit sahaja.
  • Melayan semua pelanggan dengan penuh mesra sehingga selesai setiap urusan.

FUNGSI

  1. Menguruskan pengambilan pelajar baru bagi peringkat :
    • Pra Diploma
    • Diploma
    • Asasi
    • Ijazah Sarjana Muda
    • Program Profesional
  2. Koordinasi penyediaan unjuran
  3. Menyelaras proses pemilihan pelajar baru & penempatan pemohon berjaya.
  4. Mengeluarkan surat tawaran kepada pemohon berjaya melalui laman web sahaja.
  5. Mengurus pendaftaran pelajar baru.
  6. Mengurus penerapan pelajar Pra Diploma ke program Diploma dan Asasi ke program Ijazah Sarjana Muda
  7. Menyediakan Buku Panduan Syarat Kemasukan Ke UiTM.
  8. Menyediakan Panduan Pendaftaran Pelajar Baru melalui web.
  9. Mengeluarkan iklan pengambilan pelajar baru bagi program Sepenuh Masa (sesi Disember sahaja).  Manakala iklan pengambilan pelajar baru bagi program Pra Diploma dan Profesional (sesi Julai & Disember).

 

Waktu Pejabat
Isnin - Jumaat : 8.15 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Ditutup

Menu Utama

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday71
mod_vvisit_counterYesterday3157
mod_vvisit_counterThis week6712
mod_vvisit_counterThis month59004
mod_vvisit_counterAll days2336183





















Login Form