Text Size

PAPARAN SURAT TAWARAN PROGRAM DIPLOMA/ASASI/SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA (AP243) DAN PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA AKAN MULA DIBUKA PADA 19 MEI 2013 JAM 12.00 TENGAHARI. SEMAKAN BOLEH DIBUAT MELALUI online.uitm.edu.my

Info Terkini

Makluman :

SESI 1 2013/2014

 

TARIKH - TARIKH PENTING TENTANG INFO PENGAMBILAN UiTM 2013/2014

 

 

 

 

 

 


 

 

PENYEDIAAN MERIT LEPASAN SPM/ SETARAF UPU SESI JULAI

Merit disediakan berdasarkan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum


– Markah akademik:

  • Berdasarkan lapan (8) mata pelajaran sahaja, iaitu lima (5) mata pelajaran utama dan tiga (3) mata pelajaran terbaik.


– Markah Kokurikulum

  • Berdasarkan empat (4) komponen yang ditetapkan iaitu Sukan/ Permainan, Pasukan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
  • Jumlah keseluruhan markah kokurikulum adalah 10 markah.

 

PEMBERIAN MARKAH KOMPONEN AKADEMIK LEPASAN SPM/SETARAF

  • Pemberian markah komponen akademik adalah berdasarkan pencapaian dalam lapan (8) mata pelajaran terbaik mengikut gred dengan markah seperti berikut:

 

GRED MARKAH
1A 18
2A 16
3B 14
4B 12
5C 10
6C 8
7D 6
8E 4
9G 0

 

  • Markah penuh kokurikulum ialah 10 markah berdasarkan komponen berikut:
BIL. KOMPONEN
1 Sukan/ Permainan
2 Pasukan Badan Beruniform
3 Kelab/ Persatuan
4 Program Latihan Khidmat Negara

 

  • Nota:

– Mulai sesi akademik 2007/2008 dan seterusnya pengiraan markah kokurikulum akan diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
– Markah PLKN akan diselaraskan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia.

  • Markah akademik berdasarkan:

– 90 markah bagi lima (5) mata pelajaran utama
– 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain

Markah Akademik = (Markah SPM 120)*90%



PENYEDIAAN MARKAH KOMPONEN AKADEMIK ALIRAN SAINS LEPASAN SPM/SETARAF UPU SESI JULAI

  • Penyediaan markah komponen akademik Aliran Sains Lulusan SPM berdasarkan markah lapan (8) mata pelajaran sahaja.
  1. Matematik
  2. MatematikTambahan
  3. Fizik
  4. Kimia dan
  5. Biologi ATAU salah satu mata pelajaran berikut:
  • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik dan Elektronik/ Mekanikal/Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Pengetahuan Sains Sukan
DAN
  • Tiga (3) MATA PELAJARAN TERBAIK yang lain dengan 30 markah
CONTOH PENGIRAAN (ALIRAN SAINS) ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Bil Mata Pelajaran Gred
1. Matematik 1A
2. Matematik Tambahan 1A
3. Fizik 1A
4. Kimia 1A
5. Biologi 1A
6. Bahasa Melayu 1A
7. Bahasa Inggeris 1A
8. Pendidikan Islam 1A
9. Sejarah 1A


a) Pengiraan Markah Akademik 5 MATA PELAJARAN UTAMA

Bil Mata Pelajaran Gred Markah
1. Matematik 1A 18
2. Matematik Tambahan 1A 18
3. Fizik 1A 18
4. Kimia 1A 18
5. Biologi 1A 18
JUMLAH 90

 

b) Pengiraan Markah bagi 3 MATA PELAJARAN TERBAIK SPM lain yang diambil

Bil Mata Pelajaran Gred Markah
1. Bahasa Melayu 1A 18
2. Pendidikan Islam 1A 18
3. Sejarah 1A 18
JUMLAH 54

 

KAEDAH PENGIRAAN MERIT

Markah A
(5 Mata Pelajaran Utama) = Markah 5 mata pelajaran x 90
90
= 90 x 90 = 90
90
Markah B
(3 Mata Pelajaran Utama) = Markah 3 mata pelajaran x 30
54
= 54 x 30 = 30
54


Jumlah Markah Akademik = Markah A + Markah B x 90
120
= 90

c) Markah Kokurikulum adalah 0 hingga 10 markah

d) Markah Merit

Jumlah Markah merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum

Jika calon mendapat:

i. Markah Akademik = 90 markah

ii. Markah Kokurikulum = 8 markah

iii. Jumlah Markah Merit = Markah Akademik+Markah Kokurikulum

= 90 + 8

Jumlah Markah Merit = 98

PENYEDIAAN MARKAH KOMPONEN AKADEMIK ALIRAN SASTERA LEPASAN SPM/SETARAF UPU SESI JULAI

  • Penyediaan markah komponen akademik Aliran Sastera Lulusan SPM berdasarkan markah lapan (8) mata pelajaran sahaja.
  • LIMA (5) MATA PELAJARAN UTAMA dengan 90 markah daripada:
  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  3. Sains
  4. Sejarah
  5. Pengajian Islam/ Pendidikan Al- Quran dan As-sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pengetahuan Moral
DAN

- Tiga (3) MATA PELAJARAN TERBAIK yang lain dengan 30 markah


PENYEDIAAN RANKING/ SUSUNAN MERIT LEPASAN SPM/ SETARAF UPU SESI JULAI

  • Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%)
  • Jika masih ‘tie’ jumlah markah akademik diambil kira
  • Jika masih ‘tie’ jumlah markah kokurikulum diambil kira
  • Jika masih ‘tie’ jumlah Gred A yang diperoleh pemohon akan digunapakai
  • Jika masih ‘tie’ rangking disusun mengikut susunan pencapaian mata pelajaran:


– Aliran Sains : Matematik Tambahan, Fizik, Kimia
– Aliran Sastera : Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu

Menu Utama

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday2329
mod_vvisit_counterYesterday3157
mod_vvisit_counterThis week8970
mod_vvisit_counterThis month61262
mod_vvisit_counterAll days2338441





















Login Form