| UiTM adalah ringkasan untuk Universiti Teknologi MARA. Ia telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun 1956. Selain kampus, ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruhnegara dengan mempunyai 12 buah kampus negeri (7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi), 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu. Dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 500 program akademik dalam suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi lebih 175,200 orang pelajar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: https://www.uitm.edu.my/index.php/ms/kenali-uitm/others/sejarah-pembangunan |
|---|
| UiTM sentiasa bekerja ke arah meningkatkan nilai pengajian untuk pelajar-pelajar melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman yang berunsur akademik dan bukan akademik di persekitaran kampus. Para pelajar dan warga UiTM digalakkan menganjur serta melibatkan diri dalam pelbagai akitiviti untuk menjana nilai kepimpinan, kerohanian, sukan/ rekreasi, patriotism, keusahawanan, khidmat masyarakat, sosial/ kebudayaan, kreatif/ inovatif, kemahiran komunikasi, dan pengantarabangsaan dalam diri para pelajar. |
|---|
| UiTM menawarkan pelbagai program daripada peringkat asasi ke peringkat pascasiswazah, termasuk kursus-kursus profesional, seperti yang tersenarai di halaman Senarai Program daripada laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Akademik. Kursus-kursus yang tersenarai boleh ditawarkan di kampus induk, kampus negeri berautonomi, kampus negeri, dan/atau kampus satelit. Anda perlu merujuk terus kepada Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan untuk pertanyaan dan keterangan lanjut. |
|---|
| Syarat-syarat kemasukan untuk sesebuah program adalah berbeza. Anda perlu merujuk terus ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan untuk maklumat lanjut. Sila layari laman sesawang utama UiTM untuk ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan melalui menu utama Akademik. |
|---|
| TIDAK BOLEH. Permohonan kemasukan ke UiTM terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja. |
|---|
| Mohon rujuk Kalendar Pengambilan untuk mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting untuk pengambilan pelajar atau sila layari portal Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM di http://pengambilan.uitm.edu.my/ |
|---|
| Permohonan melalui UPUOnline :- Permohonan kemasukan ke Sesi 1 (OKTOBER) boleh dibuat melalui laman sesawang UPU bagi kemasukan ke Program Pra-Siswazah (program diploma dan setaraf) dan (Program Sarjana Muda dan setaraf). Permohonan melalui UiTM Online :- i) Permohonan Kemasukan ke Sesi 2 (MAC) bagi program Pra-Siswazah (Program Diploma dan setaraf) dan (Program Sarjana Muda dan setaraf) adalah melalui portal UiTM Online sahaja. ii) Pelajar UiTM yang yang sedang mengikuti pengajian di semester akhir pengajian peringkat program Pra Diploma, Diploma UiTM dan Sarjana Muda boleh memohon penerapan ke peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Profesional. iii) Permohonan secara kaedah Penerapan ini dibuka untuk Sesi 1 (OKTOBER) dan Sesi 2 (MAC) setiap tahun melalui Portal Pelajar UiTM Permohonan kemasukan ke UiTM adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my atau http://online.uitm.edu.my mengikut takwim pengambilan pelajar UiTM. Nombor Pin (Unik ID) bagi permohonan kemasukan ke UiTM melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun BSN mengikut tarikh yang diiklankan |
|---|
| Tidak dibenarkan. Surat tawaran yang dikeluarkan adalah MUKTAMAD dan tertakluk pada Peraturan Akademik UiTM. |
|---|
| Boleh. Walau bagaimanapun, pembayaran yuran pengajian perlu dijelaskan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada kalendar akademik. |
|---|
| Sila rujuk surat tawaran. Kemudahan kolej akan diberikan berdasarkan kelayakan asas menduduki kolej. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kemudahan Kolej UiTM Kampus Cawangan yang berkenaan. |
|---|
| Tidak boleh. Sekiranya terdapat hal kecemasan, sila hubungi Pejabat Hal Ehwal Akademik di kampus yang ditawarkan. |
|---|
| Pelajar dibenarkan untuk menarik diri daripada UiTM dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. |
|---|
| WPP ialah bantuan kewangan kepada pelajar kurang berkemampuan yang pertama kali menerima tawaran melanjutkan pengajian ke IPT. |
|---|
| Permohonan pinjaman PTPTN adalah secara dalam talian melalui laman web PTPTN. |
|---|
| Sila rujuk ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan dengan anda. |
|---|
| Calon perlu menduduki Ujian MUET kerana ia merupakan salah satu daripada syarat yang telah diluluskan oleh Senat UiTM untuk melanjutkan pengajian ke program Sarjana Muda UiTM dan dianugerahkan program Sarjana Muda selaras dengan Pekeliling Akademik UiTM Bil. 03 / 2014. |
|---|
| Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda pagar (#) di bahagian akhir nama program. |
|---|
| Anda boleh menyemak syarat kelayakan melalui https://selangkah.uitm.edu.my/ atau membaca syarat kemasukan melalui http://online.uitm.edu.my |
|---|
| Anda boleh melihat dan mendapatkan surat tawaran melalui http://online.uitm.edu.my |
|---|
| Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan terbatal sekiranya kelayakan anda tidak menepati syarat Am Universiti dan juga Syarat Khas Program serta membuat pemalsuan data semasa mengisi borang permohonan. |
|---|
| No Slip BSNPastikan anda telah membeli / mempunyai [ No Slip BSN ] di bawah kategori yang betul. |
|---|
| Hanya calon yang tersalah membeli Nombor Pin (Unik ID) adi kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) pada hari yang sama sahaja yang boleh membuat pertukaran nombor yang baharu. |
|---|
| Sila rujuk http://online.uitm.edu.my dari masa ke semasa atau sila hubungi Pihak Bahagian Pengambilan Pelajar.Pertanyaan Mengenai Permohonan : (+603)-5544 3172/3168/3194/3196/3174/3174/3195/3198 |
|---|
| Sila semak Senarai Program sebelum membuat permohonan. Sila Klik di sini untuk maklumat lanjut. |
|---|
| Pelajar boleh memohon kepada Kolej Pengajian / Fakulti / Kampus dengan melengkapkan Borang Permohonan PC. Rujuk Peraturan Akademik UiTM Perkara 2.45. |
|---|
| Pelajar dibenarkan untuk memohon pertukaran mod pengajian dengan syarat ianya mematuhi Peraturan Akademik UiTM. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Kolej Pengajian / Fakulti / UiTM Cawangan / Pusat Akademik. |
|---|
| Pelajar boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada Kalendar Akademik yang disediakan di i-Student Portal. |
|---|
| Calon pelajar boleh mendapatkan maklumat tersebut di medium media sosial Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM melalui platform berikut :- i) Portal Sembang Langsung (live chat) di aplikasi Tawk.to: https://tawk.to/bppuitm ii) Aplikasi Telegram : https://t.me/bppuitm iii) Aplikasi Facebook : bppuitm.official iv) Aplikasi Tiktok : @bppuitm v) Saluran Youtube : @bppuitm |
|---|
| Anda hanya akan ditawarkan pilihan program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan / hebahan pertama, anda perlu mengemukakan permohonan rayuan. |
|---|
| https://online.uitm.edu.myAnda boleh menyemak status keputusan permohonan secara dalam talian melalui Portal Pengambilan UiTM : https://online.uitm.edu.my |
|---|
| Kejayaan anda untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di UiTM yang dipohon. Jika merit anda tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika anda hanya memohon di program pengajian yang popular, anda akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UiTM. Antara beberapa sebab mengapa anda tidak ditawarkan ke sebarang program pengajian adalah kerana: i. Kalah dalam persaingan merit di antara calon atau ii. Tidak mengemukakan permohonan secara dalam melalui Portal Pengambilan : https://online.uitm.edu.my / UPUOnline atau iii. Tidak memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program Pengajian atau iv. Permohonan tidak lengkap atau, v. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan atau vi. Tidak tekan butang Sah dan Hantar semasa permohonan atau vii. Pemohon sedang belajar (aktif) atau, Dokumen tidak dimuat naik atau dokumen yang dimuat naik tidak jelas (bagi STPM/Setaraf Kategori Diploma/Setaraf/Lepasan Diploma IPT Lain) |
|---|
| Tawaran adalah muktamad. Pemohon yang telah Berjaya mendapat tawaran ke UiTM tidak dibenarkan untuk memohon sebarang pertukaran program atau kampus yang lain. Ini adalah berdasarkan Peraturan Akademik UiTM |
|---|
| Permohonan rayuan boleh dibuat pada hari hebahan pertama keputusan diumumkan. Rayuan adalah secara dalam talian melalui pautan e-Rayuan di Portal Pengambilan UiTM : https://online.uitm.edu.my Permohonan rayuan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan. Sila dalam rujuk takwim dalam Laman Sesawang Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM. |
|---|
| Pilihan program bagi permohonan e-Rayuan hanya dibuka berdasarkan kekosongan tempat serta melepasi Syarat Am dan Syarat Khas Program |
|---|
| Rayuan hanya dibenarkan kepada calon yang gagal mendapat sebarang tawaran. Calon yang ditawarkan dalam program (Asasi/Diploma/Ijazah) sama sekali tidak dibenarkan untuk membuat sebarang rayuan. Tawaran adalah muktamad. |
|---|
| Tidak. Sila mohon semula pada sesi berikutnya. |
|---|
| Lepasan SPM, Warganegara Malaysia dan berketurunan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli. |
|---|
| Calon akan menerima bantuan yuran pengajian percuma, yuran asrama percuma, elaun sara diri serta elaun pengangkutan pergi dan balik sekali sepanjang tempoh pengajian. Walaubagaimanapun, bagi calon bukan kategori B40, yuran pengajian dan yuran kolej perlu dibayar. |
|---|
| Permohonan melalui sistem dalam talian di online.uitm.edu.my/pra |
|---|
| UiTM menawarkan lima (5) program Pra Diploma iaitu Program Pra Diploma Perdagangan, Pra Diploma Sains, Pra Diploma Agroteknologi, Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) & Pra Diploma Pengajian Islam |
|---|
| Boleh rujuk https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat |
|---|
| Ya, dengan syarat Lulus Naik Taraf (LNT) dengan minimum CGPA 2.00 di peringkat Pra Diploma dan memohon penerapan ke Diploma |
|---|
| Calon boleh melayari laman sesawang Portal Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) iaitu online.uitm.edu.my |
|---|
| Pendapatan/ Gaji kasar sahaja iaitu gaji pokok yang telah dicampur dengan semua elaun tetap dan lain-lain jenis pendapatan. |
|---|
Pra Diploma Perdagangan (BA002/ BA003) |
|---|
| Bagi pelajar dengan kod program kategori B40, yuran pengajian adalah ditanggung oleh UiTM dan kemudahan kolej disediakan tanpa bayaran. Bagi pelajar dengan kod program kategori bukan B40 yuran pengajian dan caj bayaran kolej adalah tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh UiTM. |
|---|
| Semakan dibuat melalui laman web www.online.uitm.edu.my. Semua surat tawaran boleh dicetak melalui web tersebut kerana surat tawaran tidak diposkan. Calon juga boleh menghubungi UiTM Cawangan bagi mengetahui keputusan permohonan. SMS juga akan dihantar kepada nombor telefon calon dan ibu bapa berkenaan dengan keputusan jaya pra diploma. |
|---|
| Calon yang Lulus Naik Taraf (LNT) akan diserapkan ke program-program diploma mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Peraturan Akademik UiTM dan syarat-syarat khas kemasukan ke program diploma. Bagi pelajar AS002 & AS003 adalah berstatus LU pada semester 1 dan LNT pada semester 2. |
|---|
