Apa itu UiTM?
UiTM adalah ringkasan untuk Universiti Teknologi MARA. Ia telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun 1956. Selain kampus, ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruhnegara dengan mempunyai 12 buah kampus negeri (7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi), 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu. Dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 500 program akademik dalam suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi lebih 175,200 orang pelajar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: https://www.uitm.edu.my/index.php/ms/kenali-uitm/others/sejarah-pembangunan |
---|
Bagaimanakah Universiti membantu bakal-bakal graduan UiTM menambahkan kemahiran mereka supaya dapat bersaing di pasaran?
UiTM sentiasa bekerja ke arah meningkatkan nilai pengajian untuk pelajar-pelajar melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman yang berunsur akademik dan bukan akademik di persekitaran kampus. Para pelajar dan warga UiTM digalakkan menganjur serta melibatkan diri dalam pelbagai akitiviti untuk menjana nilai kepimpinan, kerohanian, sukan/ rekreasi, patriotism, keusahawanan, khidmat masyarakat, sosial/ kebudayaan, kreatif/ inovatif, kemahiran komunikasi, dan pengantarabangsaan dalam diri para pelajar. |
---|
Apakah program-program yang ditawarkan di UiTM?
UiTM menawarkan pelbagai program daripada peringkat asasi ke peringkat pascasiswazah, termasuk kursus-kursus profesional, seperti yang tersenarai di halaman Senarai Program daripada laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Akademik. Kursus-kursus yang tersenarai boleh ditawarkan di kampus induk, kampus negeri berautonomi, kampus negeri, dan/atau kampus satelit. Anda perlu merujuk terus kepada Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan untuk pertanyaan dan keterangan lanjut. |
---|
Apakah syarat-syarat kemasukan untuk sesebuah program?
Syarat-syarat kemasukan untuk sesebuah program adalah berbeza. Anda perlu merujuk terus ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan untuk maklumat lanjut. Sila layari laman sesawang utama UiTM untuk ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan melalui menu utama Akademik. |
---|
Bolehkah pemohon Bukan Warganegara atau Penduduk Tetap untuk memohon kemasukan ke UiTM?
TIDAK BOLEH. Permohonan kemasukan ke UiTM terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja. |
---|
Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting untuk pengambilan pelajar?
Mohon rujuk Kalendar Pengambilan untuk mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting untuk pengambilan pelajar atau sila layari portal Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM di http://pengambilan.uitm.edu.my/ |
---|
Bagaimana saya ingin memohon melanjutkan pengajian ke UiTM?
Permohonan melalui UPUOnline :- Permohonan kemasukan ke Sesi 1 (OKTOBER) boleh dibuat melalui laman sesawang UPU bagi kemasukan ke Program Pra-Siswazah (program diploma dan setaraf) dan (Program Sarjana Muda dan setaraf).
Permohonan melalui UiTM Online :- i) Permohonan Kemasukan ke Sesi 2 (MAC) bagi program Pra-Siswazah (Program Diploma dan setaraf) dan (Program Sarjana Muda dan setaraf) adalah melalui portal UiTM Online sahaja. ii) Pelajar UiTM yang yang sedang mengikuti pengajian di semester akhir pengajian peringkat program Pra Diploma, Diploma UiTM dan Sarjana Muda boleh memohon penerapan ke peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Profesional. iii) Permohonan secara kaedah Penerapan ini dibuka untuk Sesi 1 (OKTOBER) dan Sesi 2 (MAC) setiap tahun melalui Portal Pelajar UiTM
Permohonan kemasukan ke UiTM adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my atau http://online.uitm.edu.my mengikut takwim pengambilan pelajar UiTM. Nombor Pin (Unik ID) bagi permohonan kemasukan ke UiTM melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun BSN mengikut tarikh yang diiklankan |
---|
Adakah saya boleh menukar program atau kampus pengajian yang ditawarkan?
Tidak dibenarkan. Surat tawaran yang dikeluarkan adalah MUKTAMAD dan tertakluk pada Peraturan Akademik UiTM. |
---|
Bolehkah saya mendaftar tanpa membayar yuran pengajian?
Boleh. Walau bagaimanapun, pembayaran yuran pengajian perlu dijelaskan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada kalendar akademik. |
---|
Adakah saya diberikan kemudahan kolej kediaman?
Sila rujuk surat tawaran. Kemudahan kolej akan diberikan berdasarkan kelayakan asas menduduki kolej. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kemudahan Kolej UiTM Kampus Cawangan yang berkenaan. |
---|
Bolehkah saya mendaftar selain dari tarikh yang ditetapkan?
Tidak boleh. Sekiranya terdapat hal kecemasan, sila hubungi Pejabat Hal Ehwal Akademik di kampus yang ditawarkan. |
---|
Adakah saya boleh menarik diri daripada UiTM?
Pelajar dibenarkan untuk menarik diri daripada UiTM dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. |
---|
Apakah itu Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN?
WPP ialah bantuan kewangan kepada pelajar kurang berkemampuan yang pertama kali menerima tawaran melanjutkan pengajian ke IPT. |
---|
Bagaimana saya hendak memohon pinjaman PTPTN?
Permohonan pinjaman PTPTN adalah secara dalam talian melalui laman web PTPTN. |
---|
Apakah yang perlu saya buat jika saya/ ibu/ bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
Sila rujuk ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan dengan anda. |
---|
Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke UiTM bagi Program Sarjana Muda UiTM?
Calon perlu menduduki Ujian MUET kerana ia merupakan salah satu daripada syarat yang telah diluluskan oleh Senat UiTM untuk melanjutkan pengajian ke program Sarjana Muda UiTM dan dianugerahkan program Sarjana Muda selaras dengan Pekeliling Akademik UiTM Bil. 03 / 2014. |
---|
Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang mempunyai syarat temu duga?
Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda pagar (#) di bahagian akhir nama program. |
---|
Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah layak dengan kelayakan yang saya perolehi?
Bagaimana untuk saya mendapatkan surat tawaran daripada UiTM?
Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan?
Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan terbatal sekiranya kelayakan anda tidak menepati syarat Am Universiti dan juga Syarat Khas Program serta membuat pemalsuan data semasa mengisi borang permohonan. |
---|
Saya telah membeli No. Pin (Unik ID) di Bank Simpanan Nasional (BSN) namun terdapat paparan “Maaf, No. Pin yang dibeli Tidak Sah”?
No Slip BSNPastikan anda telah membeli / mempunyai [ No Slip BSN ] di bawah kategori yang betul. |
---|
Saya telah tersalah membeli Nombor Pin (Unik ID) mengikut kategori yang lain, bolehkah saya membuat pertukaran Nombor Pin (Unik ID) yang Baharu?
Hanya calon yang tersalah membeli Nombor Pin (Unik ID) adi kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) pada hari yang sama sahaja yang boleh membuat pertukaran nombor yang baharu. |
---|
Bilakah Keputusan permohonan akan diumumkan?
Sila rujuk http://online.uitm.edu.my dari masa ke semasa atau sila hubungi Pihak Bahagian Pengambilan Pelajar.Pertanyaan Mengenai Permohonan : (+603)-5544 3172/3168/3194/3196/3174/3174/3195/3198 |
---|
Kenapa program pengajian yang hendak saya mohon tiada dalam senarai di borang permohonan dalam talian UiTM?
Sila semak Senarai Program sebelum membuat permohonan. Sila Klik di sini untuk maklumat lanjut. |
---|
Bolehkah saya memohon pengecualian kredit (PC) bagi kursus yang saya telah ambil semasa di program diploma?
Pelajar boleh memohon kepada Kolej Pengajian / Fakulti / Kampus dengan melengkapkan Borang Permohonan PC. Rujuk Peraturan Akademik UiTM Perkara 2.45. |
---|
Bolehkah saya memohon untuk bertukar mod pengajian dari sepenuh masa ke separuh masa kerana telah mendapat pekerjaan?
Pelajar dibenarkan untuk memohon pertukaran mod pengajian dengan syarat ianya mematuhi Peraturan Akademik UiTM. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Kolej Pengajian / Fakulti / UiTM Cawangan / Pusat Akademik. |
---|
Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang tarikh pendaftaran, peperiksaan, cuti semester dan lain-lain?
Pelajar boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada Kalendar Akademik yang disediakan di i-Student Portal. |
---|
Bagaimana saya hendak mendapatkan maklumat mengenai program pra siswazah UiTM di Media Sosial
Calon pelajar boleh mendapatkan maklumat tersebut di medium media sosial Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM melalui platform berikut :-
i) Portal Sembang Langsung (live chat) di aplikasi Tawk.to: https://tawk.to/bppuitm ii) Aplikasi Telegram : https://t.me/bppuitm iii) Aplikasi Facebook : bppuitm.official iv) Aplikasi Tiktok : @bppuitm v) Saluran Youtube : @bppuitm |
---|