Permohonan Melanjutkan Pengajian ke UiTM
- Permohonan melalui UPUOnline :-
Permohonan kemasukan ke Sesi 1 (OKTOBER) boleh dibuat melalui laman sesawang UPU bagi kemasukan ke Program Pra-Siswazah (program diploma dan setaraf) dan (Program Sarjana Muda dan setaraf). - Permohonan melalui UiTM Online :-
i) Permohonan Kemasukan ke Sesi 2 (MAC) bagi program Pra-Siswazah (Program Diploma dan setaraf) dan (Program Sarjana Muda dan setaraf) adalah melalui portal UiTM Online sahaja.
ii) Pelajar UiTM yang yang sedang mengikuti pengajian di semester akhir pengajian peringkat program Pra Diploma, Diploma UiTM dan Sarjana Muda boleh memohon penerapan ke peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Profesional.
iii) Permohonan secara kaedah Penerapan ini dibuka untuk Sesi 1 (OKTOBER) dan Sesi 2 (MAC) setiap tahun melalui Portal Pelajar UiTM - Permohonan kemasukan ke UiTM adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my atau http://online.uitm.edu.my mengikut takwim pengambilan pelajar UiTM.
- Nombor Pin (Unik ID) bagi permohonan kemasukan ke UiTM melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun BSN mengikut tarikh yang diiklankan
Plus Tahfiz UiTM
- Peluang terbaik untuk pelajar lepasan pusat pengajian tahfiz seluruh negara yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian akademik dalam pelbagai professional di UiTM serta menjadi graduan yang mempunyai watak Al-Quran
- Program ini diwujudkan bertujuan untuk membantu para pelajar yang telah bergelar Huffaz Al-Quran bagi mempertahankan, mempertingkatkan dan melestarikan budaya Al-Quran di sepanjang tempoh pengajian di UiTM.
- Untuk maklumat lanjut, layari https://acis.uitm.edu.my